Want your
own Fotopage?







 
ROSLIZA RAMLI

By: Rosliza Ramli

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Apr-2008 08:32 Email | Share | Bookmark
Macam-macam pokok di rumahku

pokok kesum
pokok pear. kecik lagi. tak tau lah sempat makan buah ke tak
pokok cekur manis
ini sape tak kenal pokok ubi kayu.
pokok kemangi. makan dengan laksa
pokok lada aku yang dah berumur setengah tahun. tunggu masa jer
pokok kunyit
pokok lengkuas.
pokok halia
pokok kucai
pokok pandan
pokok serai wangi. bukan sayur tapi untuk mandi & halau lipas
pokok kari
pokok limau kasturi
pokok serai kayu.saper byk angin dlm badan elok makan buat ulam
pokok pisang emas
pokok duri tujuh. buat ubat
pokok mas cotek jantan
pokok senduduk biru
pokok delima
Ni nak citer pasar sayur so aku gune tulisan warne hijau ah. Kat belakang umah aku ada kebun kecik aku tanam 5-6 jenis sayur kampung untuk di makan. Aku kedekut nak beli sayur? bukan. aku memang minat tanam2 sayur ni. Dulu masa2 kecik usahkan nak tanam, nak makan yang mak aku masak pun mmg aku tak akan makan, aku tak suke bebenor makan sayur, apa jua jenis sayur. tapi sejak dua menjak ni aku jadi suka makan sayur. Bukan suke bebenor tapi boleh makan sayur. Dulu abang2 aku suka usik aku. Dia timbus sayur dalam nasi aku, bila aku makan terkena lah, tapi mmg aku dilahirkan untuk menjadi cekap dan pantas,makan aku dapat kesan penganiayaan yang dilakukan oleh mereka...hehehehehe..bila nak makan aku akan usik2 dulu nasi dalam pinggan aku kalau aku tgk nasi tu jadi macam bukit. hehee . Antara sayur2 ni semua mana satu yang paling sedap? jawab jangan tak jawab.....nikmatilah hidangan di bawah......

Ini sayur bayam hijau. Sedap di buat Masak Pedas Lada Hitam, Sayur lomak pun sodap. tak pun dicelur je,cicah budu tempoyak...erm....sehingga menjilat jari.

Ini pulak sayur bayam merah. sebenarnya masa tanam dulu color dia totally merah tapi sebab mungkin dah kacuk dgn bayam hijau so dia jadi macam ni.

ini kangkung darat. Tinggal 2-3 pokok jer lagi. yang lain mati kena serangan semut hitam.

Ini pulak orang panggil pegaga gajah. aku dulu tak kenal pegaga gajah ni, dulu yg ada tgk pegaga kampung tapi yang ni best juger buat ulam atau buat kerabu. Pernah makan ke kerabu pegaga?

Ini pokok kacang bendi atau juga dipanggil kacang lendiaq

ini pula pokok terung panjang. Rasanya dah dekat 2 bulan tanam tapi macam tu jer.Macam tak membesar. tapi apapun tunggu ajerlah.kalau berbuah boleh makan

Untuk sape2 yang tak pernah tengok ini pokok Roselle. baru 2 minggu tanam. Abg aku, Mlang yang bagi.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net